Assalamualaikum..bersua kembali..Dalam entri ini, saya akan berkongsi diy cara-cara menukar Wiper Blade kereta anda terutama untuk kaum hawa di luar sana. Sedikit info, wiper blade amat penting khususnya untuk kereta atau kenderaan seumpamanya yang menggunakan bende alah ni terutama sekali waktu hujan. Wiper ada 2 jenis iaitu jenis Fullframe wiper blade dan Frameless wiper blade..Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, cuma ianya berbeza design sahaja. Haa..sebelum terlupa, saiz pon ada berbagai jenis mengikut kenderaan anda. Ianya bermula dari saiz 16'' hingga 26''...Jadi sebelum nak membeli tu, ukur saiz wiper anda tu ye. Saya memilih jenis Frameless wiper blade 20'' untuk kanan dan 16'' untuk kiri..ini saiz standard untuk myvi.
![]() |
Frameless wiper blade |
![]() |
Fullframe wiper blade |
Gambar diatas adalah contoh wiper yang telah saya sebutkan tadi. Jadi untuk menukar wiper blade ni amatlah mudah. Anda hanya perlu tahu bagaimana cara untuk membuka dan memasangnya sahaja. Dibawah adalah wiper saya yang dibeli di kedai aksesori tempohari.
Langkah-langkah pemasangan :
1. Sebelum buka wiper tersebut, angkat wiper dari permukaan cermin hadapan anda. Kenal pasti dimana tempat untuk membuka wiper tersebut..
Lihat contoh dibawah.
2. Tekan klip spt gambar bawah, kedudukan klip dibawah wiper tersebut untuk memudahkan wiper dibuka..kemudian tarik hingga wiper keluar dari pemegangnya.
![]() |
selepas dibuka |
3. Ikuti langkah yang sama untuk wiper kedua..adakalanya klip pada wiper itu perlu ditekan semasa membuka wiper anda itu.
![]() |
Wiper yang bakal dipasang |
4. Tekan klip cover pada wiper baru anda itu, dan buka penutupnya. Lihat contoh gambar dibawah
5. Masukkan wiper itu tadi kedalam hook wiper anda. Lakukan dengan berhati-hati, kerana dikhuatiri plastik pada cover itu yang mungkin akan pecah. Pastikan hook tersebut memegang dengan kemas wiper baru anda itu tadi. Mulakan dengan hook masuk kedalam cover..sebaik masuk, tarik wiper ke kanan dan akan berbunyi 'Klik' sebaik wiper masuk kemas kedalam hook.
![]() |
wiper yang telah masuk dengan kemas ke dalam hook
|
good job thanks membantu
ReplyDeleteTerima kasih untuk tutorial ni tuan
ReplyDeletemaceh tuan..
ReplyDeletemaceh.. 😊😊