Sunday, 20 November 2016

D.I.Y Menukar Wiper Blade

Assalamualaikum..bersua kembali..Dalam entri ini, saya akan berkongsi diy cara-cara menukar Wiper Blade kereta anda terutama untuk kaum hawa di luar sana. Sedikit info, wiper blade amat penting khususnya untuk kereta atau kenderaan seumpamanya yang menggunakan bende alah ni terutama sekali waktu hujan. Wiper ada 2 jenis iaitu jenis Fullframe wiper blade dan Frameless wiper blade..Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, cuma ianya berbeza design sahaja. Haa..sebelum terlupa, saiz pon ada berbagai jenis mengikut kenderaan anda. Ianya bermula dari saiz 16'' hingga 26''...Jadi sebelum nak membeli tu, ukur saiz wiper anda tu ye. Saya memilih jenis Frameless wiper blade 20'' untuk kanan dan 16'' untuk kiri..ini saiz standard untuk myvi.
Frameless wiper blade






 
Fullframe wiper blade











Gambar diatas adalah contoh wiper yang telah saya sebutkan tadi. Jadi untuk menukar wiper blade ni amatlah mudah. Anda hanya perlu tahu bagaimana cara untuk membuka dan memasangnya sahaja. Dibawah adalah wiper saya yang dibeli di kedai aksesori tempohari.


 
Langkah-langkah pemasangan :
 
1. Sebelum buka wiper tersebut, angkat wiper dari permukaan cermin hadapan anda. Kenal pasti dimana tempat untuk membuka wiper tersebut..
Lihat contoh dibawah.



 
 
2. Tekan klip spt gambar bawah, kedudukan klip dibawah wiper tersebut untuk memudahkan wiper dibuka..kemudian tarik hingga wiper keluar dari pemegangnya.
 
 
 
selepas dibuka
 
 
 
3. Ikuti langkah yang sama untuk wiper kedua..adakalanya klip pada wiper itu perlu ditekan semasa membuka wiper anda itu.

 
 
Wiper yang bakal dipasang
 
4. Tekan klip cover pada wiper baru anda itu, dan buka penutupnya. Lihat contoh gambar dibawah
 
 
 
 
5. Masukkan wiper itu tadi kedalam hook wiper anda. Lakukan dengan berhati-hati, kerana dikhuatiri plastik pada cover itu yang mungkin akan pecah. Pastikan hook tersebut memegang dengan kemas wiper baru anda itu tadi. Mulakan dengan hook masuk kedalam cover..sebaik masuk, tarik wiper ke kanan dan akan berbunyi 'Klik' sebaik wiper masuk kemas kedalam hook.
 
 

 
wiper yang telah masuk dengan kemas ke dalam hook




 
 


 
6. Sebaik sahaja wiper berada kemas di kedudukannya, tutup cover wiper itu tadi..



 


 
Siap dipasang....Amacam? Mudah kan? Selamat mencuba :)


Thursday, 17 November 2016

Membuat gantian mykad

contoh Mykad



Assalamualaikum semua..alhamdulilah, akhirnya terbuka juga hati nak menceburi bidang blogger ni..hehe. Asyik dok tgk blog org je, pe salah nya saya try buat plak. :) boleh gak share mne2 info kat anda semua..betul x? Okeh, dh pjg sgt intro sy nih..
 
Anda semua memiliki mykad kan? Jadi tahu tak sebenarnya mykad kita tu banyak fungsi yang langsung terfikir sebelum ini. Semua selepas saya membuat gantian mykad tempohari..Disini sedikit info yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Ok, mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.
 
Jadi mana-mana yang belum tukar mykad umur 18 tahun korg tu, eloklah ditukar...sebab pe? mudah pihak JPN ni nk kemaskini rekod dorg.

 
Haa..berbalik dengan fungsi mykad td tu..firstly mmglah..sebagai pengenalan diri kite kan? mykad tu jugak boleh digunakan sebagai ganti kepada lesen memandu kita sekiranya kita terlupa membawa lesen apabila ditahan pihak berkuasa macam polis/jpj...lepastu ada info passport kita dalam cip tu, fungsi lain boleh juga kita pakai sebagai kad atm..yang guna utk atm tu kita perlulah update di mana-mana bank yang kita ada. mykad pon ada fungsi sebagai kad touch n go tau..cool kan? info tu ada kat sini gantian mykad Berbalik gantian mykad saya td tu, saya g buat kat JPN Shah Alam di Plaza Masalam
 
 
Sini parking amat mudah, siap ada shopping complex kat bawah tu.. JPN ni pulak dibuka 6 hari seminggu. Isnin- Jumaat 7.30 pagi-5.30 ptg dan Sabtu 8.00 pagi-1.00 ptg jadi mudah la bagi sesiapa yang ingin berurusan.
 



















Prosedur macam biasa ambil nombor di kaunter, tunggu sehingga nombor anda dipanggil...di JPN Shah Alam ini, proses gantian mykad anda hanya perlu tunggu selama 2 jam sahaja untuk siap itu pun jika anda tiada masalah cap jari, kalau ada masalah cap jari mykad tidak boleh dituntut dalam tempoh itu, kerana mykad anda akan diproses oleh pihak JPN Putrajaya. Itu apa yang diterangkan kepada saya tempohari oleh kakitangan tersebut. Mujur jari saya ok..hehe






Kebetulan hari saya pergi tu, ramai pulak umat.. so kena la tunggu..tiba giliran saya nombor dipanggil. Kejap je proses nye, xsampai 10min pun..bayar RM10 dapat resit dan boleh la merayau kat mall bawah ni sementara tunggu mykad anda siap. Ok, dibawah saya letakkan info jika mykad anda hilang dan berapa denda yang dikenakan. Sila jaga mykad anda ye..maksimum RM1k denda tu.. :')